23 Aug 2012

0 8 Days To Go!

Salam geng!

okeh gelabah! mood korang semua mesti berbugar-bugar sambut raya segala bagai kan? gua jugak ketandusan duk pikir pasal hantaran segala.. haihshh. Okeh, untuk edisi hantaran, 4 barang dah submit ke mak andam.. tinggal kasut bola jerp belum terjah Al Ikhsan lagi. Sumpah busy pikir sampai tak dak masa nak terjah ke sana. BOLEH GITU?

Tadi pi test baju. Tak ku sangka.. baju tu muat2 ngam-ngam sueii kata orang kat badan ni. so apa lagi, tangkap syukur laaaa.. sebab berjaya jugak menyusutkan badan gempal ku ini.. (T______________T) so, nak menjemputlah semua kawn2 readers mai umah kite.. nunnn kat Teratak Idaman.. kita buat Rumah Terbuka sekali.. kira sekali jalan dengan majlis pertunangan kita la ni. hehe.. ok babai!

11 Aug 2012

0 Pengorbanan..

Salam Readers,

betul kan, kadang-kadang apa yang kita nak tu, belum tentu dapat kita capai.. apatah lagi kita gapai. Tapi kenapa semua tu terjadi?

Firman ALLAH SWT ;

barangkali kamu tidak menyukai sesuatu padahal ALLAH menjadikan padanya kebaikan yang banyak… ( an nisa 19)
Saya perkuat kan naluri saya dengan segala firman ALLAH, supaya saya terus kuat. Kadang-kadang kita rasa ianya sgt tidak adil untul kita, tapi DIA lebih mengetahui dimana kedudukan kita. jadi saya berserah dan saya REDHA, semoga ada hati yang mengetahui seluruh hati dan kehendak ini..

nak berkorban? berkata amatlah senang. Untuk melakukannya amatlah payah. Apa yang kita perlu untuk terus kuat? adalah rasa percaya pada setiap yang berlaku itu adalah rancanganNYA. Ya! rancanganNYA, walau perih, perit, sakit, laluilah semuanya dengan tabah. SEMOGA ada sinar menunggu saya dihadapan.

Saya akan terus berkorban, walau sekejam ini. demi sebuah impian untuk melihat mereka bahagia..

p/s : akan terus menyepi dari dunia hiburku.. dan kembali kepada blog yang menerima luahan hatiku.. Assalammualaikum~

10 Aug 2012

0 Menyeman!

Salam geng!

kadang-kadang apa yang kita nak, kita susah nak dapat. Betoi tak? ok sekarang ni memang saya menyeman sebab saya nakkk sgt satu hp ni.. bukan apa, Iphone saya, dah saya kasi pada adik bongsu saya, atas alasan beliau. "nak wasap!" jadah kan? tapi tak pe, beliau beruntung dapat kakak seperti saya. >,<

SO, dengan keadaan saya yang serba daif ni, mampu ke saya nak pakai hp tu? saya fikir-fikir sampai saya sakit kepala, tapi solution nya NAN ADO.. jadi, entry ni saya dedikasi khas pada kawan-kawan yang memang murah hati, kot boleh membelikan saya hp nih.. Oh! sungguh teruja, semoga kita berjumpa di syurgaaaa.. *tiba-tiba*

8 Aug 2012

0 Lemak!!!

Salam Geng!

Puasa-puasa ni you all dapat hapuskan lemak tak? ke Menambah kan lemak? heeeee~ saya cakap sebab dulu saya bulan puasa tak kira hape! semua masuk. Jadilah perutku seperti TONG SAMPAH bergerak. Sadis kan? >,< Tapi sekarang ni, alhamdulillah, slow-slow dah boleh lah kot mendidik perut ke arah lebih DISIPLIN. Hiks~  Lagi pulak sekarang ni memang saya nak menjaga segala galanya, sebab majlis saya, OH TIDAK BERAPA LAMA LAGI.. jadi, tak mau kot, orang tengok saya siap diumpat-umpat kan. Almaklum, metaliti org kita kan memang sebegitu. Ko bagi lah majlis tahap gaban grand dia, Tang mulut memang tak lepas cari mistake tu. Walaupun x nampak, haaaa dia buat-buat nampak! tu manusia sadis. Korang readers tak payah didik jadik gitu. Sungguh lah tak molek.

Bercerita tentang lemak ni kan. Dolu-Dolu, memang saya terkenal dengan edisi BADAN BESAR. Kalau you all nak tau, dulu saya pernah memecahkan penimbang berat badan.. errr sebenarnya memecahkan edisi nombor dalam timbang berat badan tu jep.. hikkkkkkkkkks.. ok sambung, berat saya paling susut lah dulu, 80KG, kannn kurus tuh! T____________________________T, masa tu tak ingat ape, asal sedap wa telan! sebab tu kurus sebegitu! dah pulak tu, sedappp je semua tambah lagi 10KG, jadiknya berapa? OHH baru 90kg, belum 100.. kan!

Bila lama-lama buat tak tau pasal berat badan yang mencanak naik mcm di pam-pam (bak kata mak saya) dah mcm pam angin tayor pulak. terasa pulak kaki ni kebas je.... macam kaki x mampu nak tampung berat badan.. start la sakit2 semua.. lepas tu, tang baju jangan duk cakap la.. semua sendat. tak muat, tak de saiz.. memang kesardisan sgt masa tu.. lepas rasa mcm sedikit terhina.. baru la godek, gugel... cari mcm mana nak kurus. Apa lagi! masa tu tengah kecoh pasal Jus Mate 5, PON beli okeh! tapi hampeh! tak jalan ape.. tapi kan sedapp woo! lama-lama tak boleh jadik, Diet laaa mcm org gila.. tetap jugak tak turun.. naik lagi ada..

Lepas macam frust sangat-sangat, saya kembali berfikir.. kenapa jadi macam tu.. Saya Solat, mintak petunjuk and akhirnya, saya nekad.. saya nak didik diri saya, saya nak exercise.. tak kisah la lama mana perlu untuk kurus.. tapi saya nak! sampai laa saya start slow-slow.. saya yakin.. saya diet ikut keperluan.. tak makan nasi, tak minum ais.. saya buang lemak dengan aerobic.. and alhamdulillah. berat tudun kembali.. selama sebulan saya amalkan, berat saya dari 90, ke 80Kg.. saya buat lagi, saya letakkan target disetiap diet saya, dan akhirnya, selama 7 bulan saya diet, berat saya turun kepada 63KG.. subhanallah, alhamdulillah.. selama 26 tahun saya hidup, belum pernah rasa dapat pakai baju apa yg saya nak pakai dengan senang.. saiz senang cari.. dah boleh pakai Levis.. dulu? jgn harap! saya diet lagi.. and now, berat saya? SURPRISE! saya akan bagi tahu selepas majlis bertunang saya nanti ya.. doakan target saya lepas.. insyaALLAH, saya akan tetap kongsi dengan readers mcm mana saya boleh kurus.. Bukan kurus yang kita nak, tetapi Sihat! kaki saya dah boleh tampung berat badan saya, and berat badan ideal saya adalah 58Kg..

InsyaALLAH, saya akan kongsi apa yang perlu untuk diet saya.. semoga entry ni boleh la bagi sedikit tips pada kawan2 yang nak kurus dengan sihat.. APA PUN ORG KATA TENTANG KITA, TAK BOLEH UBAH APA-APA PADA DIRI KITA, HANYA KITA MAMPU UBAH DIRI KITA. JANGAN MALAS! JANGAN MALAS! JANGAN MALAS! (dah macam iklan MLM tak? HOOO)

Next entry, saya akan kongsi buat pertama kalinya gambar saya semasa saya konvo dahulu yang mana berat badan saya 90kg++.. insyaALLAH.. ;)


p/s : tak nk dah gemuk! nak kurus.. saya nk kurus! ada ko kesah?

6 Aug 2012

2 Jika Dia Adalah Jodoh MEK...... (T_________________T)

Salam Semua.. 

SEKIRANYA KITA CINTA KEPADA MANUSIA,
TAK SEMESTINYA MANUSIA CINTA KEPADA KITA,
TETAPI SEKIRANYA KITA CINTA KEPADA ALLAH,
NESCAYA CINTA ALLAH TIADA PENGHUJUNGNYA.
SEKIRANYA KITA CINTA KEPADA MANUSIA,
KITA AKAN CEMBURU KEPADA ORANG YANG MENCINTAI
ORANG YANG KITA CINTAI,
TETAPI SEKIRANYA KITA CINTA KEPADA ALLAH,
KITA AKAN TURUT MENCINTAI
ORANG YANG MELABUHKAN CINTANYA KEPADA ALLAH JUGA.
YA ALLAH,
ANDAINYA DIA ADALAH JODOH YANG DITETAPKAN
OLEH-MU KEPADAKU,
MAKA CAMPAKKANLAH DALAM HATIKU CINTA KEPADANYA ADALAH
KERANA-MU,
DAN CAMPAKKANLAH DALAM HATINYA,
CINTA KEPADAKU ADALAH KERANA-MU.


NAMUN,
ANDAINYA DIA BUKANLAH JODOH YANG DITETAPKAN OLEH-MU KEPADAKU,
BERIKANLAH KU KEKUATAN AGAR PASRAH DALAM MENGHARUNGI UJIAN,
YANG KAU BERIKAN KEPADAKU.


YA ALLAH,
JIKA AKU JATUH CINTA,
CINTAKANLAH AKU PADA SESEORANG YANG MELABUHKAN CINTANYA PADA-MU, AGAR BERTAMBAH KEKUATANKU UNTUK MENCINTAI-MU.


YA MUHAIMIN,
JIKA AKU JATUH CINTA,
JAGALAH CINTAKU PADANYA AGAR TIDAK MELEBIHI CINTAKU PADA-MU.


YA RABBANA,
JIKA AKU JATUH HATI,
JAGALAH HATIKU PADANYA AGAR TIDAK BERPALING PADA-MU.


YA RABBUL IZZATI,
JIKA AKU RINDU,
RINDUKANLAH AKU PADA SESEORANG YANG MERINDUI SYAHID DI JALAN-MU.


YA ALLAH,
JIKA AKU RINDU,
JAGALAH RINDUKU PADANYA AGAR TIDAK LALAI AKU MERINDUI SYURGA-MU.


YA ALLAH,
JIKA AKU MENIKMATI CINTA KEKASIH-MU,
JANGANLAH KENIKMATAN ITU MELEBIHI KENIKMATAN INDAHNYA BERMUNAJAT DI SEPERTIGA MALAM TERAKHIR-MU


YA ALLAH,
JIKA AKU JATUH HATI PADA KEKASIH-MU,
JANGANLAH BIARKAN AKU TERTATIH DAN TERJATUH DALAM PERJALANAN PANJANG MENYERU MANUSIA KEPADA-MU.


YA ALLAH,
JIKA KAU HALALKAN AKU MERINDUI KEKASIH-MU,
JANGAN BIARKAN AKU MELAMPAUI BATAS SEHINGGA MELUPAKAN AKU PADA CINTA HAKIKI DAN RINDU ABADI HANYA KEPADA-MU.

Just nak kongsi dengan you all entry ala2 berjiwa nih.. Ops! saya copy dari Bingkisan Doa ni. Best kan? ;)

5 Aug 2012

0 26 To GO!!

Salam geng!

Bukan nak main bola.. ohho! ok sekarang saya tengah restanby (x tau mana bahasa english gua tibaikan) untuk majlis saya yang tak berapa lama lagi nih. Orang lain time2 nih sibuk laaa buat kuih, prepare baju raya, saya? ohh tidak, majlis lebih penting.. So today, dah kemas2 bilik mak.. sebab apa? okeh sebab nanti nak solek berdandan bagai kat bilik mak pon. Tak sanggup rasanya nak mencemar duli bersolek dibilik sendiri.. haih! kekekkeke~

Untuk majlis yang simple nih, semua kelengkapan, saya tempah sahaja.. means.. dari segi makanan tetamu, meja makan and kanopi, mak saya kata kita kasi upah sama orang saje.! (biasa, gua kan malas!) bab menyolek, berdandan pon sama, kasi mak andam yang settle kan.. HANTARAN pulak, oh ya, masih mak andam lagi... (kan best kalau tgn ni ada power, semua kerja boleh buat sendiri.....) Tema yang saya pilih.. Merah Mak Ngah, Bersama Hitam Pakngah.. ( agak2, abam gua baca tak statement takhagak wa nih? wakaka ) okeh. tu je nak merepek pon.. babai~ Oh ya! tari engagement kite dipercepatkan! weeehuuuu! 1/9/2012 lah! ngenehngehnghe

P/s : ehh korang! mai laaaa puji layout waaa... shomel tak? kan kan kan! 


selamat hari raya! ooohoo selamat hari raya...

21 Jul 2012

0 Ramadhan Datang Lagi! Yeayyyy

Salam geng!


hah! makan ape tu? amboi korang, kemain makan sakan! haish. okeh sila jgn jeleskan saya yang sedia ada diet nih. hihihi... Rasanya belum terlambat lagi min nak ucapkan selamat menyambut Ramadhan Al mubarak pada tahun ni.. Semoga kalian juga jiran2 kalian, family kalian dirahmati oleh yang Maha Esa.. Eh! korang dah siapkan baju raya? hoooo~ saya maybe beli je kot. dapat sedas dua das pun boleh la... tahun ni raya dengan gumbira.. (haraplahkan) jadi puasa kena lahh gumbira jugak.. Puasa2 jugak.. zakat jgn lupa membayar yerp.! lagi satu min nak pesan.. anak2 sila jgn membazir beli makanan berlebihan kat bazar tu.. okeh? jgn main mercun ddan juga please...please...pleasee sila lahh bawak kenderaan anda dengan berhati-hati.. dah tak kuasa nak tengok tv3 siarkan eksiden sana, maut sini. OHHH traumaa~! tapi apepasal eh time raya je ramai nak tempah maut.? betul ajal maut tangan ALLAH, tapi ALLAH tak pernah nak siksa hambaNYA.. jadi, DOA, bawa hati2.. kalau dah DOA, bawak hati, masih diambang maut, itu betul namanya TAKDIR ALLAH.. okeh? readers please lah sayang kan nyawa.. selagi ada masa nak bertaubat, jgn kasi pendekkan masa... nanti masa dalam kubur memang dah x sempat dah.. masa tu nak menyesal, memang dah tak guna... okeh?


p/s : x tau apsal merepek malam2 pekak ni.~ babai


16 Jul 2012

0 Dipercepatkan..

Salam geng! okeh, untuk majlis pertunangan ct, rasanya akan ct percepatkan.. sebab pada tarikh yang di rancangkan tu makcik ct ke MEKAH, so duk berbincang dengan incik lober, so insyaALLAH akan diawalkan sebulan. huuu~ tapi duit?? oh abe, sila beri saya duit! ok bai..~


p/s : sebenarnya tak tau nak update apa, asal tgn gatai nak update, baik saya update,.! hehehe

6 Jul 2012

0 Hello Readers!

Salam!
Okeh sevebarbya saja2 nak update blog hari ni.. sebab try pakai tab en. Abe.. so x de nak update sgt.  Hope x mare yerp.. nnggee babai semua.. jumoa lain entry   zass! (^O^)
Published with Blogger-droid v2.0.6

3 Jul 2012

0 Engagement Planner

Salam guys!


okeh, baru sedar sebenarnya susah ye nak bertunang ni.. actually min x mau laa buat de grand bagai tu kan. BUT, kalau boleh biau laa ringkas and meriah.. tang meriah tu hahhh cek ada blur sikit.! adess~ So dah seminggu survey pakej pertunangan dekat kawasan perumahan jugak kat area jb. Wa sedikit sentap okeh kalau pakej pertunangan mau 10k bagai..! Kau ingat nak jemput SULTAN ka apa kaaa..? haiyaaa..~ so decide nak amek kat simpang je.. tak mahal, tak murah.. sedang2 sudah! yang penting mampu and also meriah mek! ngehngehngeh.. kalau u all nak tau persiapan untuk ke arah tu, baru 10% je.. yang 90% tunggu lepas raya kot. lagi pon kalau boleh nak survey lagi.. biau sampai lebam! zassssss


p/s : nak cari butik muslimah for my engagement day.. ada sapa2 tau? huhuhu

28 Jun 2012

1 " 16-06-2012 "

Salam Geng!


tarikh kat atas tu memang sangat2 bermakna pada ct, tak tau la nak kata apa. Tarikh tu menunjukkan beta a.k.a CIK SENGET (capslock sikit!) (eh tambah BOLD kan.. kekekkeke) telah pun dirisik oleh en. lober.. Tragis sebenarnya kisah ct ni kalau korang nak tau. kekekekkeke


Kalau org tanya kenapa ct pilih en. lober ni, and kenapa cepat sgt setuju dengan dia sedangkan RAMAI lagi yang nak kat ct nih.. haihh! Sebenarnya 2 tahun yang lepas, ct dah pun kenal en lober tu, seterusnya edisi bercinta tu memang ado.. ntah kenapa, Takdir ALLAH memisahkan kami.. tiba2 en.lober mintak putus sebab tak nak ct ni kesal bercinta dengan dia.. alkisahnya masa tu, kerja en.lober pun x tetap lagi.. hidup masih tunggang terbalik.. lepas tu en.lober di duga dengan kesihatan badan yang kurang nak elok lah kan.. so, berpisah laaa buruk merak dengan burung hantu... kekekekekekekke


Lepas 2 tahun meroyan tunggu en.lober, ntah la eik.. maybe the word is JODOH.. jadik en.lober pun carik saya kembali.. tapi wa tak kasi can mula2 tuh... mana boleh angguk2 geleng2 gitu je kan! mesti mau kasi test maaaa...~ dan akhirnya, wa kecundang jugak tengok keikhlasan beliau jugak kerana kesungguhan beliau bawak ct terus2 ke arah yang diredhai.. First time dating kann... en. lober bawak g masjid..! sweet kan..? oh my god! time tu, BF lama pun ct lupa kan! hahahaha kawan punya kawan.. akhirnya en.lober amek keputusan untuk menyunting diri ct untuk dihalalkan di depan kadi.. errkkk! first time rasa gegel jeee mana beliau purpose.! hohoohoho lama ke lamaan, ct terima.. so dia jumpa family ct and nyatakan hasrat beliau seterusnya tarikh diatas tu laaaa yang mengikatkan janji kami kuat sedikit.. BUT! baru first step.. banyak lagi nak urus and perbetulkan.. ape yang penting? kerjasamaa.. NIAT okeh! hehehe perasaan..? ohh sgt laa seronokkk!! tak tau nak kate apa.. so we decide 20/10 ni majlisnya..? insyaALLAH akan melangkah setapak lagi.. doakan ct okeh..!


p/s : tak sabo! tak sabo! tak sabo! 

27 Jun 2012

0 Bismillahhirrahmanirrahim.. Yuuhuuu!!

Yuuhuu!! great! today baru dapat bukak blog comey ni. atas sebab hosting lama menyeman, jadi dijadikan kisah, terpaksa pakai hosting free nih. walaupun free, domain tetap sama.. (hehehe cute kan begitu? ALAHAIII) Kali ni tak mau ,meraban sangat! sebab kita sekarang ni dah pakai cincin! yuuhuu! (tiba-tiba) jadi, kita nak post jugak lah mcm kakaks2 lain tu... post kat blog depa, kisah cincin ku di jemari manisku... kekekekeke Buleh begitu? hurrmmm~ okeh untuk itu, sila lah singgah2 kat blog kite ni.. still kosong, ape yang kita nak post kat sini, rasanya more to kehidupan sebagai hamba ALLAH, anak ayah mak, adik kepada along, kakak kepada yan and atin, kekasih, tunang and insyaALLAH isteri kepada bakal suamiku.. lalalalalla jiwang kann..? 

note : pic diatas tidak mempunyai maksud apa2, apetah lagi membayangkan penulis adalah seperti itu. Sekian